Sunday, October 21, 2007

Kesimpulan..

Setelah saya membincangkan hasil penyelidikan saya, di sini saya dapat simpulkan semua pihak governans mempunyai peranan masing-masing dalam menjalani operasi banjir di Kota Tinggi pada Disember 2006 dan Januari 2007. Pihak governans terdiri daripada pihak kerajaan dan pihak swasta. Contoh pihak kerajaan: polis, bomba, hospital dan lain-lain. Manakala pihak swasta: TV3, GIANT dan lain-lain.

Semua pihak governans telah memberi komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan operasi banjir dapat dilakukan dengan baik dan efisyen. Namun begitu, terdapat juga masalah ketidakcekapan pihak governans dalam operasi banjir mengikut pandangan mangsa-mangsa banjir. Masalah tersebut timbul semasa operasi menyelamatkan mangsa, pendaftaran mangsa banjir dan pengagihan bantuan seperti yang saya bincangkan sebelum ini. Terdapat juga masalah kerjasama di antara pihak-pihak governans. Tetapi keseluruhannya, saya mendapati operasi banjir dikendalikan dengan baik oleh pihak-pihak governans bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa-mangsa banjir terjamin.

Wednesday, October 17, 2007

langkah-langkah menangani masalah ketidakcekapan pihak governans dalam operasi banjir..

Beberapa pihak governans yang merupakan responden kami telah menyatakan pandangan mereka, tentang langkah mengatasi masalah ketidakcekapan dalam menguruskan operasi banjir, samaada dari pihak mereka sendiri atau pihak lain. Pihak governans tersebut adalah pihak bomba, Majlis Daerah dan Jabatan Pemparitan dan Saliran.

Responden pihak bomba berpendapat, langkah –langkah yang perlu diambil jika terdapat ketidakcekapan yang berlaku dari pihak mereka adalah meningkatkan kemahiran serta menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan supaya misi dalam kerja menyelamat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu pihak mereka dan juga pihak-pihak lain harus mengikuti MKN 20.Ini adalah kerana, dengan mengikuti dasar tersebut, operasi kecemasan dapat dilakukan dengan lancar. Pihak – pihak lain juga harus memberi arahan dengan tepat supaya tiada pertindihan arahan berlaku.

Langkah-langkah yang akan diambil bagi menangani masalah ketidakcekapan yang berlaku dari pihak JPS adalah memberi taklimat tentang persediaan menghadapi banjir kepada semua pihak dalam Jabatan Pengairan dan Saliran Johor. Dengan itu, pihak-pihak mereka tahu bagaimana menghadapi banjir yang besar tanpa meninggalkan kesan yang buruk di Kota Tinggi. Contohnya, pembukaan empangan dan lain-lain.


Responden dari Majlis Daerah Kota Tinggi pula berpendapat, langkah –langkah yang perlu diambil jika terdapat ketidakcekapan yang berlaku dari pihak mereka adalah perlu ada penyelarasan tugas di peringkat daerah. Di samping itu, agihan bantuan dan pendaftaran banjir perlu diselaraskan dan diuruskan oleh satu badan sahaja.

Kesimpulannya, semua pihak harus menangani masalah ketidakcekapan pihak mereka dalam operasi banjir. Ini adalah kerana, jika berlaku banjir lagi, operasi banjir dapat dijalankan dengan baik dan efisyen.

Thursday, October 11, 2007

Pandangan mangsa banjir terhadap pihak governans yang terlibat dalam operasi banjir...

Daripada data yang kami perolehi, hasil daripada penyelidikan kami ke atas penduduk iaitu mangsa banjir, terdapat isu-isu yang boleh diketengahkan. Antaranya, isu pemindahan mangsa banjir ke tempat selamat. Terdapat responden mengatakan bahawa mereka lambat diberi amaran dan pertolongan semasa banjir pertama berlaku. Mereka hanya diberitahu oleh jiran-jiran mereka yang paras banjir semakin meningkat yang memerlukan mereka untuk berpindah. Pihak keselamatan lambat sampai ke tempat sepatutnya. Tetapi secara keseluruhan, pelbagai pihak telah datang membantu mereka untuk beroindah ke tempat yang selamat semasa banjir dengan menaiki bot. Pihak yang terlibat ialah bomba, polis dan askar.

Selain itu, isu keselamatan. Daripada apa yang kami perolehi, rata-rata mangsa-mangsa banjir di Kg.Kelantan dan juga Kg.Tembioh bersetuju bahawa pihak governans terutamanya pihak polis telah memastikan keselamatan dan harta benda mangsa berada dalam keadaan yang terjamin. Mereka mengatakan pihak polis sentiasa melakukan rondaan di kawasan perumahan mereka. Namun begitu, terdapat juga beberapa mangsa merungut bahawa keselamatan harta benda mereka tidak begitu terjamin. Terdapat kes-kes rompakan yang berlaku ketika mereka berada di pusat pemindahan banjir.

Di samping itu, isu bantuan. Terdapat salah seorang penduduk di Kg. Kelantan yang kami temubual berkata bahawa beliau tidak menerima sebarang bantuan bantuan. Beliau merupakan ibu tunggal. Beliau telah melakukan pelbagai prosedur pendaftaran tetapi gagal menerima sebarang bantuan. Beliau mengadukan masalah tersebut ke pelbagai pihak termasuk parti politik tetapi aduannya diabaikan. Bagaimana perkara ini boleh berlaku kepada seorang ibu tunggal?. Kebanyakan respoden kami menerima bantuan yang secukupnya malah lebih dari cukup tetapi berlaku sebaliknya pada ibu tunggal tersebut.

Seterusnya pandangan penduduk mengenai isu politik dalam pembahagian bantuan. Hampir setengah responden kami bersetuju bahawa terdapat diskriminasi politik oleh pihak governans. Mereka mengatakan, terdapat sesebuah parti politik yang hanya memberikan pertolongan kepada puak-puak mereka sahaja.

Kami juga mendapati terdapat percanggahan maklumat di antara mangsa dan pihak governans dalam pemberian bantuan. Salah seorang responden kami dari Kampung Kelantan mengatakan terdapat pihak swasta iaitu TV3 telah memberi bantuan kepada mangsa banjir Kampung Tembiuh. Antara bantuannya ialah barangan elektrik dan wang. Tetapi, pihak swasta tersebut memberitahu kepada wartawan yang mereka telah memberi bantuan kepada penduduk kampung Kelantan dan telah disiarkan di dalam tv. Padahal, tiada satu pun penduduk dari Kampung Kelantan menerima bantuan dari pihak TV3. Mengapakah pihak swasta tersebut telah memberitahu maklumat yang salah kepada wartawan?

Dari segi logistik pula, kebanyakan daripada responden kami telah bersetuju bahawa pihak governans telah memulakan kerja-kerja selenggara sistem perparitan, saliran dan juga sungai agar pulih seperti sedia kala. Berdasarkan apa yang kami lihat sendiri, memang terdapat banyak projek-projek selenggara yang sedang dijalankan di Kota Tinggi.

Kesimpulannya disini, terdapat masalah yang timbul semasa operasi banjir disebabkan oleh masalah ketidakcekapan sesetengah pihak governans.

Penemuan penyelidikan: Masalah yang dihadapi oleh Pihak Governans..

Respoden-respoden dari pihak governans berpendapat terdapat masalah ketidakcekapan berlaku semasa operasi banjir dilakukan samaada datangnya dari pihak mereka sendiri ataupun dari pihak lain. Masalah ketidakcekapan tersebut sediki sebanyak akan menjejaskan perjalanan operasi banjir.

Pihak bomba mengatakan mereka menghadapi masalah dengan mangsa-mangsa. Mereka mendapati terdapat mangsa enggan memberi kerjasama kepada mereka terutamanya semasa operasi pemindahan banjir. Ada mangsa enggan berpindah ke tempat yang lebih selamat walaupun aras banjir naik ke tahap yang merbahaya. Selain itu, pihak bomba berpendapat terdapat pihak yang terlibat dalam operasi banjir tidak mengamalkan Dasar MKN 20. Dasar MKN 20 sangat penting kerana dasar tersebut mengenai bagaimana menangani operasi kecemasan dengan lebih efisien. Apabila terdapat pihak tidak mengamalkan dasar tersebut, operasi menyelamatkan mangsa banjir tidak berjalan lancar dengan sepenuhnya. Mereka mendapati kemungkinan pihak askar kurang memberi penekanan terhadap Dasar MKN 20. Ini adalah kerana, Askar hanya memberi tumpuan kepada suatu tempat sahaja. Askar juga hanya tunggu arahan dari komander operasi bagi membolehkan mereka menjalankan operasi menyelamatkan mangsa banjir.

Selain itu, pihak bomba juga berpendapat bot dari JPS tidak mampu untuk menampung mangsa banjir dan telah tenggelam sewaktu operasi banjir dijalankan. Ini telah menjadi kekangan kepada pihak bomba. Bot yang dikendalikan oleh pihak polis pula terlampau laju.

Di samping itu, mereka juga mengatakan berlakunya masalah ketidakcekapan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini adalah kerana pihak ini telah mengunakan system manual iaitu system mengunakan borang bagi menguruskan mangsa-mangsa banjir. Sistem manual tidak sesuai digunakan kerana terdapat ramai mangsa banjir yang perlu diuruskan dan didaftarkan. Tambahan pula, sistem manual tidak sesuai lagi digunakan pada zaman sekarang iaitu zaman sains dan teknologi. System manual ini menyebabkan terdapat kehilangan nama-nama mangsa banjir. Pihak dari jabatan tersebut harus menggunakan computer iaitu seiring dengan era sains dan teknologi.

Pihak hospital juga berdepan dengan kesulitan dan masalah semasa melakukan operasi banjir iaitu terdapat putus perhubungan dengan pihak luar sewaktu bencana banjir berlaku. Selain itu, mereka berpendapat pentadbiran operasi banjir juga tidak cekap kerana mereka mendapati bantuan yang disalurkan oleh parti politik disalahgunakan. Mereka mendapati ada bantuan yang tidak sampai ke tangan mangsa-mangsa banjir.Di sini, kami tidak ingin menyebut pentadbiran yang terlibat dalam menyalahgunakan bantuan.

Pihak UMNO berdepan dengan pergaduhan semasa pengagihan bantuan. Pihak polis sepatutnya menjaga ketenteraman awam dan sepatutnya dapat mengelakkan berlakunya kekecohan. Malangya, berlaku yang sebaliknya..

Pihak polis pula berdepan dengan masalah kerjasama dari mangsa semasa operasi pemindahan mangsa. Ini adalah kerana, terdapat segilintir mangsa tidak mahu berpindah disebabkan mereka lebih sayangkan rumah, hartabenda atau premis perniagaan berbanding nyawa mereka sendiri. Di samping itu, makanan untuk polis juga lambat tiba kepada mereka sewaktu mereka menjalankan tugas operasi banjir. Ini menyebabkan pihak polis terpaksa ikat perut semasa menjalankan tugas mereka dan kemungkinan boleh menjejaskan kualiti kerja mereka. Silap siapa berlakunya masalah tersebut?

Pihak dari Pejabat daerah Kota Tinggi juga terpaksa berdepan masalah dengan orang-orang awam iaitu mangsa banjir. Mereka menyatakan kesulitan yang dialami oleh pihak mereka adalah terdapat penipuan semasa pemberian bantuan. Terdapat segilintir mangsa yang tidak bertanggungjawab telah mendaftarkan nama mereka pada semua tempat pemindahan supaya memperolehi banyak bantuan. Terdapat juga mangsa yang degil untuk berpindah ke kawasan penempatan sewaktu operasi menyelamatkan mangsa dijalankan.

Akhir sekali adalah masalah yang dialami oleh pihak Majlis Daerah Kota Tinggi iaitu kekurangan kakitangan tenaga kerja untuk pengurusan banjir. Selain itu, bekalan makanan tidak mencukupi kerana bilangan mangsa banjir di luar jangkaan. Pendaftaran mangsa banjir tidak dapat dijalankan dengan teratur memandangkan pusat pemindahan juga ditenggelami air.

Kesimpulannya, pihak-pihak yang terlibat haruslah membaiki kelemahan mereka agar tidak lagi berlakunya masalah semasa operasi banjir dijalankan.

Detik-detik melakukan penyelidikan....

Melakukan penyelidikan terhadap salah satu pihak governans iaitu pasukan bomba


Aku dan Zaidi berada di Kampung Kelantan, bersedia untuk melakukan penyelidikan....



terdapat lumpur pada pintu kereta, kesan daripada banjir dahulu..






Salah satu rumah mangsa banjir..










Salah satu penduduk kampung Kelantan..









Melakukan penyelidikan pada salah satu penduduk kampung Kelantan..

Operasi banjir: Pihak governans yang terlibat dan peranan mereka dalam operasi banjir..

Kumpulan kami juga menyelidik secara terperinci tentang pihak governans. Kami ingin mengetahui pihak governans yang terlibat dan tugas-tugas mereka dalam mengendalikan operasi banjir. Pihak-pihak governans yang telah menjadi respoden kami ialah polis, bomba, Jabatan Saliran dan Pemparitan, UMNO, pihak hospital, Majlis Daerah dan Pejabat Daerah. Di bawah saya menerangkan tugas-tugas mereka dalam operasi banjir secara terperinci yang saya dapati dari hasil penyelidikan kami.

Tugas pihak polis dalam operasi banjir ialah memindahkan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang selamat iaitu ke tempat penempatan sementara. Apabila paras air naik ke tahap yang merbahaya, pihak polis terpaksa mengunakan bot untuk operasi pemindahan mangsa-mangsa banjir. Selepas banjir, pihak polis menjaga keselamatan harta benda milik mangsa-mangsa banjir. Contohnya, sentiasa memastikan tiada berlaku kecurian pada rumah-rumah mangsa semasa mangsa-mangsa berada di tempat penempatan sementara. Pihak polis sentiasa melakukan rondaan di sekitar kawasan banjir selama 24 jam sehari. Mereka juga menjaga ketenteraman awam dengan memastikan keadaan berada dalam keadaan terkawal.

Tugas pihak bomba pula adalah dalam bentuk khidmat kemanusian. Mereka bertanggungjawab dalam memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat dengan mengunakan bot. Selain itu, pihak bomba juga memberi bantuan berupa logistik barang ke kawasan penempatan sementara. Mereka juga mengagihkan barang-barang bantuan kepada mangsa-mangsa. Pihak bomba juga bertanggungjawab menghantar pesakit ke hospital. Semasa berlakunya banjir, mereka telah membawa wanita yang hendak bersalin ke hospital.

Pihak dari Jabatan pemparitan dan saliran juga terlibat dalam operasi selepas banjir. Tugas mereka adalah mengkaji kelemahan-kelemahan sistem pemparitan di Kota Tinggi. Selepas itu, mereka membaiki dan membaikpulih sistem pemparitan tersebut. Mereka juga mengkaji kedalaman sungai, empangan dan sebagainya.

Tugas pihak hospital pula adalah memberi bantuan dalam bentuk logistik seperti tilam,selimut makanan, pakaian, tempat tinggal sementara dan ubat-ubatan. Mereka juga bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa-mangsa banjir. Mereka harus memastikan kesihatan mangsa-mangsa sentiasa dalam keadaan baik. Mereka juga merawat mangsa-mangsa yang tercedera.

UMNO turut memberi komitmen mereka dalam operasi banjir. Mereka sentiasa turun padang untuk melihat keadaan mangsa-mangsa banjir. Mereka memberi bantuan dalam bentuk peralatan dan kewangan kepada mangsa-mangsa. UMNO tidak mengamalkan diskriminasi politik kepada mereka. Ini bermakna bantuan kepada semua mangsa adalah sama tanpa mengira fahaman politik.

Tugas majlis Daerah adalah menyediakan tenaga kerja untuk urusan pemindahan mangsa banjir dan juga pusat pemindahan untuk mangsa banjir . Selain itu, turut menyediakan perkhidmatan pembersihan selepas banjir dan memberi bantuan pengagihan makanan untuk mangsa banjir. Majlis Daerah Kota Tinggi juga mengecualikan cukai tukaran untuk separuh penggal.

Peranan Pejabat Daerah pula adalah membantu dalam pengagihan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir. Antaranya bantuan paras banjir iaitu bantuan diberikan mengikut paras banjir. Semakin tinggi paras banjir, semakin tinggi nilai bantuan. Selain itu bantuan warisan untuk peniaga. Ini adalah untuk peniaga yang mengalami kerugian akibat dari bencana banjir. Peralatan, makanan dan wang turut diagihkan oleh pihak pejabat daerah kepada mangsa banjir. Kebanyakkannya bantuan tersebut datang dari pihak kerajaan. Selain itu, mereka turut bertanggungjawab dalam pengagihan bantuan dari pihak luar, seperti GIANT, dan sebagainya.

Di sini saya dapat simpulkan semua pihak mempunyai peranan masing-masing dalam operasi banjir. Mereka telah memberi komitmen agar kebajikan mangsa-mangsa banjir tidak terabai. Walaupun peranan pihak-pihak di atas adalah berlainan tetapi matlamat mereka adalah sama iaitu memastikan keselamatan dan kesihatan mangsa-mangsa banjir terjamin.

Wednesday, October 10, 2007

Hasil Kajian Terhadap Pihak Governans..

Analisis Data Kajian Terhadap Pihak Governans..

Seramai 20 responden dari pihak governans yang menjawab soalan kaji selidik..

Soalan (a)
Mangsa-mangsa banjir telah memberikan kerjasama semasa urusan pemberian bantuan oleh pihak governans.


Berdasarkan data yang telah kami perolehi, sebanyak 40% menyatakan setuju bagi penyataan ‘a’ dimana mangsa-mangsa banjir telah memberikan kerjasama dalam pemberian bantuan oleh pihak governans.


Soalan (b)

Terdapat pelbagai bantuan atau sumbangan daripada pihak luar kepada mangsa banjir.

Bagi penyataan berikutnya, 70% daripada mereka menyatakan sangat setuju bahawa mereka menerima bantuan daripada pihak luar kepada mangsa banjir.


Soalan (c)
Bantuan daripada pihak luar amat mencukupi dan pihak pentadbir tidak mempunyai sebarang masalah untuk menguruskannya.


Seterusnya, sebanyak 45% daripada responden kami menyatakan sangat setuju dengan bantuan yang diberikan oleh pihak luar yang sangat mencukupi serta tiada masalah dalam pengurusan.


Soalan (d)
Adakah perbezaan kawasan parlimen di Kota Tinggi telah mendatangkan kesan ketika urusan pembahagian bantuan?

Sebanyak 45% daripada responden kami menyatakan tidak pasti untuk penyataan ‘d’ bahawa perbezaan kawasan parlimen telah mendatangkan kesan keatas urusan pembahagian bantuan.


Soalan (e)
Mangsa-mangsa banjir telah dipindahkan dalam masa yang singkat dan tiada masalah semasa proses pemindahan tersebut.


Untuk penyataan seterusnya iaitu penyataan ‘e’ , sebanyak 35% responden kami menyatakan tidak pasti dimana mangsa-mangsa banjir telah dipindahkan dalam masa yang singkat.


Soalan (f)
Semasa berada di pusat pemindahan banjir,mangsa-mangsa telah menerima bantuan yang secukupnya daripada pihak pentadbir dan kebajikan mereka juga diurus dengan baik sekali.


Manakala bagi penyatakan ‘f’ sebanyak 35% telah menyatakan sangat setuju bahawa mangsa-mangsa banjir telah menerima bantuan yang secukupnya daripada pihak pentadbir dan kebajikan mereka juga diuruskan dengan baik oleh pihak governans.


Soalan (g)
Pembangunan yang dijalankan oleh pihak pentadbir merupakan antara penyebab berlakunya banjir.


Untuk penyataan seterusnya iaitu penyataan ‘g’ sebanyak 35% menyatakan tidak setuju bahawa pembangunan yang dijalankan oleh pihak mereka merupakan punca berlakunya banjir.




Soalan (h)
Kerja-kerja penambahbaikkan kini semakin rancak dilakukan oleh pihak pentadbir dan juga dari pihak kerajaan sendiri.
Seterusnya, Sebanyak 50% responden kami telah menyatakan sangat setuju bagi penyataan ‘h’ bahawa penambahbaikan sedang rancak dilakukan oleh pihak mereka.




Soalan (i)
Semua pihak atasan seperti JKKK,Ketua kampung dan juga pegawai daerah bekerjasama semasa memberikan bantuan kepada mangsa banjir.


Bagi penyataan ‘i’ pula 40% menyatakan setuju bahawa semua pihak atasan dan pihak governans memberi bantuan kepada mangsa banjir.


Soalan (j)
Pihak anda telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi tanpa mengira masa dan lokasi dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir


Walaubagaimana pun, bagi penyataan ‘j’ terdapat 2 pendapat yang menyatakan bahawa sebanyak 45% setuju dan sangat setuju dalam penyataan memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi tanpa mengira masa dan lokasi dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.


Soalan (k)
Pihak anda telah bertindak pantas dan bijak dalam menguruskan mangsa banjir.

Manakala sebanyak 60% bagi penyataan ‘k’ menyatakan sangat setuju dalam hal menguruskan mangsa banjir dengan bertindak pantas dan bijak oleh pihak mereka.

Soalan 'l'
Pihak anda memberikan bantuan kepada kawasan linkungan/kawasan berhampiran pihak anda sahaja

Penyataan ini telah membuktikan keatas penyataan seterusnya iaitu peyataan ‘l’, sebanyak 45% menyatakan sangat tidak setuju bahawa pihak mereka memberi bantuan kepada kawasan lingkungan yang berhampiran sahaja.


Perhatian: Untuk mengetahui analisis data kajian ke atas mangsa banjir beserta dengan graf, sila klik pada Hasil Kajian Ke atas Mangsa Banjir(penduduk) di CONTENT OF THIS BLOG. Ini adalah kerana, post tersebut tidak dipaparkan di ruangan utama blog. Terima kasih.