Sunday, October 21, 2007

Kesimpulan..

Setelah saya membincangkan hasil penyelidikan saya, di sini saya dapat simpulkan semua pihak governans mempunyai peranan masing-masing dalam menjalani operasi banjir di Kota Tinggi pada Disember 2006 dan Januari 2007. Pihak governans terdiri daripada pihak kerajaan dan pihak swasta. Contoh pihak kerajaan: polis, bomba, hospital dan lain-lain. Manakala pihak swasta: TV3, GIANT dan lain-lain.

Semua pihak governans telah memberi komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan operasi banjir dapat dilakukan dengan baik dan efisyen. Namun begitu, terdapat juga masalah ketidakcekapan pihak governans dalam operasi banjir mengikut pandangan mangsa-mangsa banjir. Masalah tersebut timbul semasa operasi menyelamatkan mangsa, pendaftaran mangsa banjir dan pengagihan bantuan seperti yang saya bincangkan sebelum ini. Terdapat juga masalah kerjasama di antara pihak-pihak governans. Tetapi keseluruhannya, saya mendapati operasi banjir dikendalikan dengan baik oleh pihak-pihak governans bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa-mangsa banjir terjamin.

No comments: