Wednesday, October 17, 2007

langkah-langkah menangani masalah ketidakcekapan pihak governans dalam operasi banjir..

Beberapa pihak governans yang merupakan responden kami telah menyatakan pandangan mereka, tentang langkah mengatasi masalah ketidakcekapan dalam menguruskan operasi banjir, samaada dari pihak mereka sendiri atau pihak lain. Pihak governans tersebut adalah pihak bomba, Majlis Daerah dan Jabatan Pemparitan dan Saliran.

Responden pihak bomba berpendapat, langkah –langkah yang perlu diambil jika terdapat ketidakcekapan yang berlaku dari pihak mereka adalah meningkatkan kemahiran serta menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan supaya misi dalam kerja menyelamat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu pihak mereka dan juga pihak-pihak lain harus mengikuti MKN 20.Ini adalah kerana, dengan mengikuti dasar tersebut, operasi kecemasan dapat dilakukan dengan lancar. Pihak – pihak lain juga harus memberi arahan dengan tepat supaya tiada pertindihan arahan berlaku.

Langkah-langkah yang akan diambil bagi menangani masalah ketidakcekapan yang berlaku dari pihak JPS adalah memberi taklimat tentang persediaan menghadapi banjir kepada semua pihak dalam Jabatan Pengairan dan Saliran Johor. Dengan itu, pihak-pihak mereka tahu bagaimana menghadapi banjir yang besar tanpa meninggalkan kesan yang buruk di Kota Tinggi. Contohnya, pembukaan empangan dan lain-lain.


Responden dari Majlis Daerah Kota Tinggi pula berpendapat, langkah –langkah yang perlu diambil jika terdapat ketidakcekapan yang berlaku dari pihak mereka adalah perlu ada penyelarasan tugas di peringkat daerah. Di samping itu, agihan bantuan dan pendaftaran banjir perlu diselaraskan dan diuruskan oleh satu badan sahaja.

Kesimpulannya, semua pihak harus menangani masalah ketidakcekapan pihak mereka dalam operasi banjir. Ini adalah kerana, jika berlaku banjir lagi, operasi banjir dapat dijalankan dengan baik dan efisyen.

No comments: