Sunday, October 21, 2007

Kesimpulan..

Setelah saya membincangkan hasil penyelidikan saya, di sini saya dapat simpulkan semua pihak governans mempunyai peranan masing-masing dalam menjalani operasi banjir di Kota Tinggi pada Disember 2006 dan Januari 2007. Pihak governans terdiri daripada pihak kerajaan dan pihak swasta. Contoh pihak kerajaan: polis, bomba, hospital dan lain-lain. Manakala pihak swasta: TV3, GIANT dan lain-lain.

Semua pihak governans telah memberi komitmen yang sepenuhnya bagi memastikan operasi banjir dapat dilakukan dengan baik dan efisyen. Namun begitu, terdapat juga masalah ketidakcekapan pihak governans dalam operasi banjir mengikut pandangan mangsa-mangsa banjir. Masalah tersebut timbul semasa operasi menyelamatkan mangsa, pendaftaran mangsa banjir dan pengagihan bantuan seperti yang saya bincangkan sebelum ini. Terdapat juga masalah kerjasama di antara pihak-pihak governans. Tetapi keseluruhannya, saya mendapati operasi banjir dikendalikan dengan baik oleh pihak-pihak governans bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa-mangsa banjir terjamin.

Wednesday, October 17, 2007

langkah-langkah menangani masalah ketidakcekapan pihak governans dalam operasi banjir..

Beberapa pihak governans yang merupakan responden kami telah menyatakan pandangan mereka, tentang langkah mengatasi masalah ketidakcekapan dalam menguruskan operasi banjir, samaada dari pihak mereka sendiri atau pihak lain. Pihak governans tersebut adalah pihak bomba, Majlis Daerah dan Jabatan Pemparitan dan Saliran.

Responden pihak bomba berpendapat, langkah –langkah yang perlu diambil jika terdapat ketidakcekapan yang berlaku dari pihak mereka adalah meningkatkan kemahiran serta menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan supaya misi dalam kerja menyelamat dapat dilaksanakan dengan jayanya. Selain itu pihak mereka dan juga pihak-pihak lain harus mengikuti MKN 20.Ini adalah kerana, dengan mengikuti dasar tersebut, operasi kecemasan dapat dilakukan dengan lancar. Pihak – pihak lain juga harus memberi arahan dengan tepat supaya tiada pertindihan arahan berlaku.

Langkah-langkah yang akan diambil bagi menangani masalah ketidakcekapan yang berlaku dari pihak JPS adalah memberi taklimat tentang persediaan menghadapi banjir kepada semua pihak dalam Jabatan Pengairan dan Saliran Johor. Dengan itu, pihak-pihak mereka tahu bagaimana menghadapi banjir yang besar tanpa meninggalkan kesan yang buruk di Kota Tinggi. Contohnya, pembukaan empangan dan lain-lain.


Responden dari Majlis Daerah Kota Tinggi pula berpendapat, langkah –langkah yang perlu diambil jika terdapat ketidakcekapan yang berlaku dari pihak mereka adalah perlu ada penyelarasan tugas di peringkat daerah. Di samping itu, agihan bantuan dan pendaftaran banjir perlu diselaraskan dan diuruskan oleh satu badan sahaja.

Kesimpulannya, semua pihak harus menangani masalah ketidakcekapan pihak mereka dalam operasi banjir. Ini adalah kerana, jika berlaku banjir lagi, operasi banjir dapat dijalankan dengan baik dan efisyen.

Thursday, October 11, 2007

Pandangan mangsa banjir terhadap pihak governans yang terlibat dalam operasi banjir...

Daripada data yang kami perolehi, hasil daripada penyelidikan kami ke atas penduduk iaitu mangsa banjir, terdapat isu-isu yang boleh diketengahkan. Antaranya, isu pemindahan mangsa banjir ke tempat selamat. Terdapat responden mengatakan bahawa mereka lambat diberi amaran dan pertolongan semasa banjir pertama berlaku. Mereka hanya diberitahu oleh jiran-jiran mereka yang paras banjir semakin meningkat yang memerlukan mereka untuk berpindah. Pihak keselamatan lambat sampai ke tempat sepatutnya. Tetapi secara keseluruhan, pelbagai pihak telah datang membantu mereka untuk beroindah ke tempat yang selamat semasa banjir dengan menaiki bot. Pihak yang terlibat ialah bomba, polis dan askar.

Selain itu, isu keselamatan. Daripada apa yang kami perolehi, rata-rata mangsa-mangsa banjir di Kg.Kelantan dan juga Kg.Tembioh bersetuju bahawa pihak governans terutamanya pihak polis telah memastikan keselamatan dan harta benda mangsa berada dalam keadaan yang terjamin. Mereka mengatakan pihak polis sentiasa melakukan rondaan di kawasan perumahan mereka. Namun begitu, terdapat juga beberapa mangsa merungut bahawa keselamatan harta benda mereka tidak begitu terjamin. Terdapat kes-kes rompakan yang berlaku ketika mereka berada di pusat pemindahan banjir.

Di samping itu, isu bantuan. Terdapat salah seorang penduduk di Kg. Kelantan yang kami temubual berkata bahawa beliau tidak menerima sebarang bantuan bantuan. Beliau merupakan ibu tunggal. Beliau telah melakukan pelbagai prosedur pendaftaran tetapi gagal menerima sebarang bantuan. Beliau mengadukan masalah tersebut ke pelbagai pihak termasuk parti politik tetapi aduannya diabaikan. Bagaimana perkara ini boleh berlaku kepada seorang ibu tunggal?. Kebanyakan respoden kami menerima bantuan yang secukupnya malah lebih dari cukup tetapi berlaku sebaliknya pada ibu tunggal tersebut.

Seterusnya pandangan penduduk mengenai isu politik dalam pembahagian bantuan. Hampir setengah responden kami bersetuju bahawa terdapat diskriminasi politik oleh pihak governans. Mereka mengatakan, terdapat sesebuah parti politik yang hanya memberikan pertolongan kepada puak-puak mereka sahaja.

Kami juga mendapati terdapat percanggahan maklumat di antara mangsa dan pihak governans dalam pemberian bantuan. Salah seorang responden kami dari Kampung Kelantan mengatakan terdapat pihak swasta iaitu TV3 telah memberi bantuan kepada mangsa banjir Kampung Tembiuh. Antara bantuannya ialah barangan elektrik dan wang. Tetapi, pihak swasta tersebut memberitahu kepada wartawan yang mereka telah memberi bantuan kepada penduduk kampung Kelantan dan telah disiarkan di dalam tv. Padahal, tiada satu pun penduduk dari Kampung Kelantan menerima bantuan dari pihak TV3. Mengapakah pihak swasta tersebut telah memberitahu maklumat yang salah kepada wartawan?

Dari segi logistik pula, kebanyakan daripada responden kami telah bersetuju bahawa pihak governans telah memulakan kerja-kerja selenggara sistem perparitan, saliran dan juga sungai agar pulih seperti sedia kala. Berdasarkan apa yang kami lihat sendiri, memang terdapat banyak projek-projek selenggara yang sedang dijalankan di Kota Tinggi.

Kesimpulannya disini, terdapat masalah yang timbul semasa operasi banjir disebabkan oleh masalah ketidakcekapan sesetengah pihak governans.

Penemuan penyelidikan: Masalah yang dihadapi oleh Pihak Governans..

Respoden-respoden dari pihak governans berpendapat terdapat masalah ketidakcekapan berlaku semasa operasi banjir dilakukan samaada datangnya dari pihak mereka sendiri ataupun dari pihak lain. Masalah ketidakcekapan tersebut sediki sebanyak akan menjejaskan perjalanan operasi banjir.

Pihak bomba mengatakan mereka menghadapi masalah dengan mangsa-mangsa. Mereka mendapati terdapat mangsa enggan memberi kerjasama kepada mereka terutamanya semasa operasi pemindahan banjir. Ada mangsa enggan berpindah ke tempat yang lebih selamat walaupun aras banjir naik ke tahap yang merbahaya. Selain itu, pihak bomba berpendapat terdapat pihak yang terlibat dalam operasi banjir tidak mengamalkan Dasar MKN 20. Dasar MKN 20 sangat penting kerana dasar tersebut mengenai bagaimana menangani operasi kecemasan dengan lebih efisien. Apabila terdapat pihak tidak mengamalkan dasar tersebut, operasi menyelamatkan mangsa banjir tidak berjalan lancar dengan sepenuhnya. Mereka mendapati kemungkinan pihak askar kurang memberi penekanan terhadap Dasar MKN 20. Ini adalah kerana, Askar hanya memberi tumpuan kepada suatu tempat sahaja. Askar juga hanya tunggu arahan dari komander operasi bagi membolehkan mereka menjalankan operasi menyelamatkan mangsa banjir.

Selain itu, pihak bomba juga berpendapat bot dari JPS tidak mampu untuk menampung mangsa banjir dan telah tenggelam sewaktu operasi banjir dijalankan. Ini telah menjadi kekangan kepada pihak bomba. Bot yang dikendalikan oleh pihak polis pula terlampau laju.

Di samping itu, mereka juga mengatakan berlakunya masalah ketidakcekapan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ini adalah kerana pihak ini telah mengunakan system manual iaitu system mengunakan borang bagi menguruskan mangsa-mangsa banjir. Sistem manual tidak sesuai digunakan kerana terdapat ramai mangsa banjir yang perlu diuruskan dan didaftarkan. Tambahan pula, sistem manual tidak sesuai lagi digunakan pada zaman sekarang iaitu zaman sains dan teknologi. System manual ini menyebabkan terdapat kehilangan nama-nama mangsa banjir. Pihak dari jabatan tersebut harus menggunakan computer iaitu seiring dengan era sains dan teknologi.

Pihak hospital juga berdepan dengan kesulitan dan masalah semasa melakukan operasi banjir iaitu terdapat putus perhubungan dengan pihak luar sewaktu bencana banjir berlaku. Selain itu, mereka berpendapat pentadbiran operasi banjir juga tidak cekap kerana mereka mendapati bantuan yang disalurkan oleh parti politik disalahgunakan. Mereka mendapati ada bantuan yang tidak sampai ke tangan mangsa-mangsa banjir.Di sini, kami tidak ingin menyebut pentadbiran yang terlibat dalam menyalahgunakan bantuan.

Pihak UMNO berdepan dengan pergaduhan semasa pengagihan bantuan. Pihak polis sepatutnya menjaga ketenteraman awam dan sepatutnya dapat mengelakkan berlakunya kekecohan. Malangya, berlaku yang sebaliknya..

Pihak polis pula berdepan dengan masalah kerjasama dari mangsa semasa operasi pemindahan mangsa. Ini adalah kerana, terdapat segilintir mangsa tidak mahu berpindah disebabkan mereka lebih sayangkan rumah, hartabenda atau premis perniagaan berbanding nyawa mereka sendiri. Di samping itu, makanan untuk polis juga lambat tiba kepada mereka sewaktu mereka menjalankan tugas operasi banjir. Ini menyebabkan pihak polis terpaksa ikat perut semasa menjalankan tugas mereka dan kemungkinan boleh menjejaskan kualiti kerja mereka. Silap siapa berlakunya masalah tersebut?

Pihak dari Pejabat daerah Kota Tinggi juga terpaksa berdepan masalah dengan orang-orang awam iaitu mangsa banjir. Mereka menyatakan kesulitan yang dialami oleh pihak mereka adalah terdapat penipuan semasa pemberian bantuan. Terdapat segilintir mangsa yang tidak bertanggungjawab telah mendaftarkan nama mereka pada semua tempat pemindahan supaya memperolehi banyak bantuan. Terdapat juga mangsa yang degil untuk berpindah ke kawasan penempatan sewaktu operasi menyelamatkan mangsa dijalankan.

Akhir sekali adalah masalah yang dialami oleh pihak Majlis Daerah Kota Tinggi iaitu kekurangan kakitangan tenaga kerja untuk pengurusan banjir. Selain itu, bekalan makanan tidak mencukupi kerana bilangan mangsa banjir di luar jangkaan. Pendaftaran mangsa banjir tidak dapat dijalankan dengan teratur memandangkan pusat pemindahan juga ditenggelami air.

Kesimpulannya, pihak-pihak yang terlibat haruslah membaiki kelemahan mereka agar tidak lagi berlakunya masalah semasa operasi banjir dijalankan.

Detik-detik melakukan penyelidikan....

Melakukan penyelidikan terhadap salah satu pihak governans iaitu pasukan bomba


Aku dan Zaidi berada di Kampung Kelantan, bersedia untuk melakukan penyelidikan....



terdapat lumpur pada pintu kereta, kesan daripada banjir dahulu..






Salah satu rumah mangsa banjir..










Salah satu penduduk kampung Kelantan..









Melakukan penyelidikan pada salah satu penduduk kampung Kelantan..

Operasi banjir: Pihak governans yang terlibat dan peranan mereka dalam operasi banjir..

Kumpulan kami juga menyelidik secara terperinci tentang pihak governans. Kami ingin mengetahui pihak governans yang terlibat dan tugas-tugas mereka dalam mengendalikan operasi banjir. Pihak-pihak governans yang telah menjadi respoden kami ialah polis, bomba, Jabatan Saliran dan Pemparitan, UMNO, pihak hospital, Majlis Daerah dan Pejabat Daerah. Di bawah saya menerangkan tugas-tugas mereka dalam operasi banjir secara terperinci yang saya dapati dari hasil penyelidikan kami.

Tugas pihak polis dalam operasi banjir ialah memindahkan mangsa-mangsa banjir ke tempat yang selamat iaitu ke tempat penempatan sementara. Apabila paras air naik ke tahap yang merbahaya, pihak polis terpaksa mengunakan bot untuk operasi pemindahan mangsa-mangsa banjir. Selepas banjir, pihak polis menjaga keselamatan harta benda milik mangsa-mangsa banjir. Contohnya, sentiasa memastikan tiada berlaku kecurian pada rumah-rumah mangsa semasa mangsa-mangsa berada di tempat penempatan sementara. Pihak polis sentiasa melakukan rondaan di sekitar kawasan banjir selama 24 jam sehari. Mereka juga menjaga ketenteraman awam dengan memastikan keadaan berada dalam keadaan terkawal.

Tugas pihak bomba pula adalah dalam bentuk khidmat kemanusian. Mereka bertanggungjawab dalam memindahkan mangsa ke tempat yang lebih selamat dengan mengunakan bot. Selain itu, pihak bomba juga memberi bantuan berupa logistik barang ke kawasan penempatan sementara. Mereka juga mengagihkan barang-barang bantuan kepada mangsa-mangsa. Pihak bomba juga bertanggungjawab menghantar pesakit ke hospital. Semasa berlakunya banjir, mereka telah membawa wanita yang hendak bersalin ke hospital.

Pihak dari Jabatan pemparitan dan saliran juga terlibat dalam operasi selepas banjir. Tugas mereka adalah mengkaji kelemahan-kelemahan sistem pemparitan di Kota Tinggi. Selepas itu, mereka membaiki dan membaikpulih sistem pemparitan tersebut. Mereka juga mengkaji kedalaman sungai, empangan dan sebagainya.

Tugas pihak hospital pula adalah memberi bantuan dalam bentuk logistik seperti tilam,selimut makanan, pakaian, tempat tinggal sementara dan ubat-ubatan. Mereka juga bertanggungjawab untuk melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa-mangsa banjir. Mereka harus memastikan kesihatan mangsa-mangsa sentiasa dalam keadaan baik. Mereka juga merawat mangsa-mangsa yang tercedera.

UMNO turut memberi komitmen mereka dalam operasi banjir. Mereka sentiasa turun padang untuk melihat keadaan mangsa-mangsa banjir. Mereka memberi bantuan dalam bentuk peralatan dan kewangan kepada mangsa-mangsa. UMNO tidak mengamalkan diskriminasi politik kepada mereka. Ini bermakna bantuan kepada semua mangsa adalah sama tanpa mengira fahaman politik.

Tugas majlis Daerah adalah menyediakan tenaga kerja untuk urusan pemindahan mangsa banjir dan juga pusat pemindahan untuk mangsa banjir . Selain itu, turut menyediakan perkhidmatan pembersihan selepas banjir dan memberi bantuan pengagihan makanan untuk mangsa banjir. Majlis Daerah Kota Tinggi juga mengecualikan cukai tukaran untuk separuh penggal.

Peranan Pejabat Daerah pula adalah membantu dalam pengagihan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir. Antaranya bantuan paras banjir iaitu bantuan diberikan mengikut paras banjir. Semakin tinggi paras banjir, semakin tinggi nilai bantuan. Selain itu bantuan warisan untuk peniaga. Ini adalah untuk peniaga yang mengalami kerugian akibat dari bencana banjir. Peralatan, makanan dan wang turut diagihkan oleh pihak pejabat daerah kepada mangsa banjir. Kebanyakkannya bantuan tersebut datang dari pihak kerajaan. Selain itu, mereka turut bertanggungjawab dalam pengagihan bantuan dari pihak luar, seperti GIANT, dan sebagainya.

Di sini saya dapat simpulkan semua pihak mempunyai peranan masing-masing dalam operasi banjir. Mereka telah memberi komitmen agar kebajikan mangsa-mangsa banjir tidak terabai. Walaupun peranan pihak-pihak di atas adalah berlainan tetapi matlamat mereka adalah sama iaitu memastikan keselamatan dan kesihatan mangsa-mangsa banjir terjamin.

Wednesday, October 10, 2007

Hasil Kajian Terhadap Pihak Governans..

Analisis Data Kajian Terhadap Pihak Governans..

Seramai 20 responden dari pihak governans yang menjawab soalan kaji selidik..

Soalan (a)
Mangsa-mangsa banjir telah memberikan kerjasama semasa urusan pemberian bantuan oleh pihak governans.


Berdasarkan data yang telah kami perolehi, sebanyak 40% menyatakan setuju bagi penyataan ‘a’ dimana mangsa-mangsa banjir telah memberikan kerjasama dalam pemberian bantuan oleh pihak governans.


Soalan (b)

Terdapat pelbagai bantuan atau sumbangan daripada pihak luar kepada mangsa banjir.

Bagi penyataan berikutnya, 70% daripada mereka menyatakan sangat setuju bahawa mereka menerima bantuan daripada pihak luar kepada mangsa banjir.


Soalan (c)
Bantuan daripada pihak luar amat mencukupi dan pihak pentadbir tidak mempunyai sebarang masalah untuk menguruskannya.


Seterusnya, sebanyak 45% daripada responden kami menyatakan sangat setuju dengan bantuan yang diberikan oleh pihak luar yang sangat mencukupi serta tiada masalah dalam pengurusan.


Soalan (d)
Adakah perbezaan kawasan parlimen di Kota Tinggi telah mendatangkan kesan ketika urusan pembahagian bantuan?

Sebanyak 45% daripada responden kami menyatakan tidak pasti untuk penyataan ‘d’ bahawa perbezaan kawasan parlimen telah mendatangkan kesan keatas urusan pembahagian bantuan.


Soalan (e)
Mangsa-mangsa banjir telah dipindahkan dalam masa yang singkat dan tiada masalah semasa proses pemindahan tersebut.


Untuk penyataan seterusnya iaitu penyataan ‘e’ , sebanyak 35% responden kami menyatakan tidak pasti dimana mangsa-mangsa banjir telah dipindahkan dalam masa yang singkat.


Soalan (f)
Semasa berada di pusat pemindahan banjir,mangsa-mangsa telah menerima bantuan yang secukupnya daripada pihak pentadbir dan kebajikan mereka juga diurus dengan baik sekali.


Manakala bagi penyatakan ‘f’ sebanyak 35% telah menyatakan sangat setuju bahawa mangsa-mangsa banjir telah menerima bantuan yang secukupnya daripada pihak pentadbir dan kebajikan mereka juga diuruskan dengan baik oleh pihak governans.


Soalan (g)
Pembangunan yang dijalankan oleh pihak pentadbir merupakan antara penyebab berlakunya banjir.


Untuk penyataan seterusnya iaitu penyataan ‘g’ sebanyak 35% menyatakan tidak setuju bahawa pembangunan yang dijalankan oleh pihak mereka merupakan punca berlakunya banjir.




Soalan (h)
Kerja-kerja penambahbaikkan kini semakin rancak dilakukan oleh pihak pentadbir dan juga dari pihak kerajaan sendiri.
Seterusnya, Sebanyak 50% responden kami telah menyatakan sangat setuju bagi penyataan ‘h’ bahawa penambahbaikan sedang rancak dilakukan oleh pihak mereka.




Soalan (i)
Semua pihak atasan seperti JKKK,Ketua kampung dan juga pegawai daerah bekerjasama semasa memberikan bantuan kepada mangsa banjir.


Bagi penyataan ‘i’ pula 40% menyatakan setuju bahawa semua pihak atasan dan pihak governans memberi bantuan kepada mangsa banjir.


Soalan (j)
Pihak anda telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi tanpa mengira masa dan lokasi dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir


Walaubagaimana pun, bagi penyataan ‘j’ terdapat 2 pendapat yang menyatakan bahawa sebanyak 45% setuju dan sangat setuju dalam penyataan memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi tanpa mengira masa dan lokasi dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.


Soalan (k)
Pihak anda telah bertindak pantas dan bijak dalam menguruskan mangsa banjir.

Manakala sebanyak 60% bagi penyataan ‘k’ menyatakan sangat setuju dalam hal menguruskan mangsa banjir dengan bertindak pantas dan bijak oleh pihak mereka.

Soalan 'l'
Pihak anda memberikan bantuan kepada kawasan linkungan/kawasan berhampiran pihak anda sahaja

Penyataan ini telah membuktikan keatas penyataan seterusnya iaitu peyataan ‘l’, sebanyak 45% menyatakan sangat tidak setuju bahawa pihak mereka memberi bantuan kepada kawasan lingkungan yang berhampiran sahaja.


Perhatian: Untuk mengetahui analisis data kajian ke atas mangsa banjir beserta dengan graf, sila klik pada Hasil Kajian Ke atas Mangsa Banjir(penduduk) di CONTENT OF THIS BLOG. Ini adalah kerana, post tersebut tidak dipaparkan di ruangan utama blog. Terima kasih.






Hasil Kajian Terhadap Mangsa-Mangsa Banjir (penduduk)

Di bawah adalah hasil daripada analisis data penyelidikan terhadap mangsa banjir yang seterusnya menunjukkan pandangan mereka terhadap pihak governans. Seramai 20 responden yang terdiri daripada penduduk-penduduk Kampung Tembiuh dan Kampung Kelantan, menjawab soalan kaji selidik.

*Soalan (c)*

Semua pihak governans bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.

Pernyataan ‘c’ pula meminta responden memberikan pendapat mereka tentang kerjasama antara pihak governans dalam operasi banjir ini. Bagi penyataan ini, sebanyak 70% daripada responden kami sangat bersetuju wujudnya kerjasama antara pihak governans manakala 30% lagi sekadar bersetuju sahaja.

Soalan (a)

Pihak governans sentiasa memastikan keselamatan dan hartabenda mangsa banjir terjamin.



Daripada data yang kami perolehi, bagi penyataan ‘a’, 80% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana pihak governans sentiasa memastikan keselamatan dan harta benda mangsa banjir terjamin. Selebihnya 10% sekadar setuju manakala 10% lagi tidak pasti akan pernyataan ini.



Soalan (b)


Pihak governans telah menjalankan tugas dalam operasi banjir dengan baik, efisyen dan sistematik.
Bagi penyataan ‘b’ pula, sebanyak 60% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana pihak governans telah menjalankan tugas mereka dalam operasi banjir dengan bagus sekali


Soalan (d)

Pembahagian bantuan yang diberikan oleh pihak governans adalah sama rata.


Bagi penyataan seterusnya, sebanyak 60% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan yang diberi dimana bantuan yang diberikan oleh pihak governans adalah sama rata. Selebihnya, 25% sekadar bersetuju manakala 15% lagi tidak bersetuju.


Soalan (e)

Terdapat pihak governans yang hanya memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesebuah kawasan atau penempatan.

Kebanyakkan responden kami iaitu sebanyak 80% sangat tidak bersetuju dengan penyataan ‘e’ dimana pihak governans tidak memberikan bantuan terhadap sesebuah kawasan sahaja manakala selebihnya pula sangat bersetuju dengan penyataan ini.

Soalan (f)

Banyak struktur rumah dan bangunan yang mengalami kerosakan.


Seterusnya bagi pernyataan yang berikutnya iaitu penyataan ‘f’, sebanyak 80% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana banyak struktur rumah mereka mengalami kerosakan akibat banjir ini manakala selebihnya hanya bersetuju sahaja.

Soalan (g)

Terdapat diskriminasi politik oleh governans terhadap mangsa banjir.
Sebanyak 60% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ‘g’ dimana wujudnya diskriminasi politik oleh governans terhadap mangsa banjir. Selebihnya 15% hanya sekadar bersetuju dan 25% lagi sangat tidak bersetuju dengan pernyataan ini.

Soalan (h)

Selepas berlakunya banjir pihak governans telah cuba menyelanggara sistem perparitan, saliran dan sungai agar pulih seperti sediakala.

Seterusnya, bagi penyataan yang berikutnya, kebanyakkan responden kami sangat bersetuju dimana pihak governans telah melakukan pembaikpulihan terhadap sistem perparitan, saliran dan sungai selepas berlakunya banjir manakala 30% daripada mereka sekadar bersetuju dengan pernyataan ini.

Soalan (i)

Prosedur pendaftaran untuk memohon bantuan adalah amat menyukarkan.
Untuk penyataan yang seterusnya iaitu ‘i’, terdapat dua respon yang bercanggah antara satu sama lain yang ditunjukkan oleh data yang kami perolehi. Sebanyak 50% daripada responden kami sangat bersetuju dengan penyataan ini dimana kesukaran berlaku dalam proses pendaftaran untuk memohon bantuan manakala peratus yang sama juga memberi respon sangat tidak bersetuju.


Soalan (j)

Pembangunan yang dijalankan oleh pihak governans telah menyebabkan banjir berlaku.


Bagi pernyataan ‘j’, sebanyak 25% daripada responden kami memberi respon sangat tidak bersetuju dengan penyataan ini manakala 10% lagi sekadar tidak bersetuju. Oleh itu, mereka berpendapat pembangunan yang dijalankan oleh pihak governans bukanlah penyebab kepada masalah banjir ini berlaku. Sebaliknya, ada juga responden kami yang mengakui penyataan ini adalah benar dimana sebanyak 35% daripada mereka memberi respon sangat bersetuju manakala 30% lagi sekadar bersetuju.


Soalan (k)

Sekiranya anda diminta untuk membina rumah di kawasan lain kerana Kota Tinggi sering kali mengalami banjir adakah anda setuju?

Untuk soalan terakhir iaitu ‘k’, responden kami diminta untuk memberi respon samaada ‘ya’ atau ‘tidak’. Daripada data yang kami perolehi, kebanyakkan daripada mereka iaitu sebanyak 80% memberi respon ‘ya’ dimana mereka bersetuju sekiranya diminta membina rumah di kawasan lain lantaran Kota Tinggi sering mengalami banjir. Manakala selebihnya tidak bersetuju dengan soalan ini.










Catatan diari sepanjang penyelidikan di Kota Tinggi...


Di bawah adalah catatan diari saya sepanjang 1-3 Ogos 2007. Maaf kerana penggunaan bahasa yang kurang betul.Ini kerana saya lebih suka diari saya ditulis sedemikian...


Sabtu: 1 Ogos 2007

Aku bangun pukul 6.30am. Pukul 7.20, aku dah sampai di bus stop..Pukul 8.00am, bas ukm sampai di bus stop. Bangganya dapat naik bas ukm, Dapat bas ukm baru lagi..Selama ini kalau ada apa-apa aktiviti luar mesti naik bas sekolah....Selepas itu,berhenti di depan FSSK, nak ambil pelajar kolej lain..Pelajar-pelajar demografi naik bas yang sama dengan pelajar keris mas..Kemudian, pelajar demografi menyuruh kami berpindah ke bas lain...tujuannya,memudahkan perbincangan kumpulan...Pukul 9.00am, bertolak dari ukm dan berhenti di rest area Seremban pada pukul 10.00am..anas beritahu, berehat sekejap selama 30 minit...makanan-makanan dekat situ sangat mahal...Aku cuma beli twiggies jea..standard price...Bertolak dari Seremban pada pukul 10.30am..Aku tidur sepanjang perjalanan sampai ke Kulai...Masa itu,sudah pukul 2.00, kalau tak silap...Dari Kulai sampai ke Kota Tinggi, lebih kurang 1 jam perjalanan...dah terasa lapar...apabila sampai di Kota tinggi,pemandu bas berhenti di depan hotel pilton..kami disuruh makan tengahhari dahulu. kemudian,berkumpul di hadapan hotel pilton pada pukul 3.00. Aku, wanie,mira,nab,dida dan yana makan di gerai..Seafood seperti kerang sangat murah....mungkin kota tinggi berdekatan dengan laut, jadi seafood senang nak dapat...Aku makan ayam dan sayur,harganya RM4.00..."standard price"...Lepas makan,berkumpul di depan hotel pilton..Pelajar perempuan tinggal Hotel Pilton manakala pelajar lelaki di hotel water lilies..Urusan-urusan check in diurus oleh kak dina..."roommates" aku semestinya nab,yana,wanie,dida dan mira...tak boleh dipisahkan di antara kami...4 lagi pelajar fssk...Dalam pukul 4.30, disuruh berkumpul di depan bas untuk memulakan kerja lapangan...lepas sembahyang dan rehat,tunggu di depan bas pada pukul 4.30..kemudian kami diberitahu kerja lapangan dbatalkan untuk hari itu... punyalah semangat nak buat kerja lapangan, tiba-tiba tak jadi pula....

Tapi kumpulan tetap meneruskan kerja lapangan...Bagi kumpulan-kumpulan yang tajuknya peniaga-peniaga,senangla...mereka boleh buat dekat sekitar bandar Kota Tinggi...Aku dengan Kak Aisyah tunggu Zaidi dengan azizi di Plaza...Hotel mereka berdekatan dengan Plaza tersebut.. Sementara tunggu mereka, Aku dan kak Aisyah "Window Shopping" di Plaza...Lebih kurang 15 minit, azizi dan zaidi sampai...Kumpulan aku buat tajuk governans, jadi kami memutuskan untuk pergi ke balai polis terdekat, dengan menaiki teksi..

Tambang teksi yang dikenakan RM4.oo. Mula-mula saya dan ahli kumpulan lain pergi ke pondok pengawal...Kami meminta polis di pondok tersebut untuk menjawab kaji selidik kami, tetapi dia enggan...Polis mengatakan dia tidak layak untuk menjawab survey tersebut. Dia menyuruh kami meminta survey daripada polis yang bertugas di dalam balai polis..Jadi, kami masuk ke balai polis..Terdapat seorang polis di kaunter pertanyaan, dan kami meminta dia menjawab survey kami..Mula-mula polis tersebut enggan sebab dia sedang bertugas tetapi akhirnya dia menjawab survey kami... Polis tersebut menceritakan pengalamannya bertugas sewaktu banjir tersebut berlaku sambil menjawab survey kami...Apa yang diceritakan oleh polis tersebut dicatat oleh kak aisyah...

Selepas itu, kami memujuk pegawai polis di pondok pengawal untu menjawab survey kami, dan beliau bersetuju kerana beliau pun terlibat dalam operasi banjir...Sementara menunggu polis tersebut siap. Zaidi mengambil gambar bot yang telah digunakan untuk menyelamatkan mangsa banjir...Apabila selesai kerja kaji selidik kami di balai polis tersebut, kami cuba menghubungi pemandu teksi yang membawa kami ke balai polis, tetapi gagal...Jadi, kami berjalan kaki ke simpang supaya kami dapat jumpa teksi sebab teksi tidak melalui di hadapan balai polis...Dalam perjalanan ke simpang tersebut, hujan turun agak lebat....kami berteduh di pondok terdekat....Apabila hujan reda sedikit, kami meneruskan perjalanan kami. Kami mendapati tiada teksi di kawasan tersebut, jadi kami terus berjalan kaki untuk ke bandar...malangnya, kami tersilap masuk jalan dan akhirya sesat..Lebih malang lagi, hujan turun dengan lebat...

Sekali lagi kami berteduh di pondok terdekat...mungkin boleh dikatakan gerai kosong..pit stop kedua...Apabila hujan reda, kami meneruskan perjalanan dan masih tak jumpa teksi..agaknya orang kat situ tak perlukan teksi, sebab tu teksi tak lalu kat situ...kit orang agak "lost" dan "blur" sebab dah tersesat...Dalam kebingungan, kami terjumpa rumah anak- anak yatim..Dalam perkarangan rumah tersebut, ada abang sedang menuju ke kerete kancil putihnya...Kak Aisyhah terus bertanya pada abang tersebut tentang jalan ke bandar.. Abang itu mengatakan kami memang tersesat..Sepatutnya jalan terus jea, tetapi kami telah belok kanan..Abang tu pelik sebab tak akan kami cuma berjalan kaki untuk ke bandar, sebab jauh lagi perjalanan untuk keluar dari kampung saja... ke bandar, jangan cakaplah...kami cakap terpakslah sebab tak jumpa teksi...Lepas itu, dengan semangat berkobar-kobar( "actually dah penat sebenarnya, abang tu tak nak tumpangkan ke,huhuhu), kami meneruskan perjalanan ke bandar...

Aku mengatakan kepada rakan kumpulan aku, inilah cabaran dan dugaan...Dalam perjalanan, terdapat kereta kancil putih menuju ke kami..macam kenal...rupa-rupanya abang tadi..Dia menumpangkan kami, sebab abang itu pun ingin ke bandar..Alhamdullillah...sebelum itu, rasa macam nak tercabut kepala lutut aku...Kami sempat berkenalan dengan abang tersebut...Apabila abang itu mengetahui yang kami sedang menjalankan kajian tentang pihak governans dalam operasi banjir, abang tersebut mengatakan dia pun terlibat dalam operasi banjir..sebab, dia bekerja di Jabatan Saliran dan Pemparitan...Tanpa membuang masa, kami menjadikan abang tersebut sebagai respoden ketiga kami..kami menyuruh dia menjawab survey kami..

Abang tersebut memberhentikan kami di hadapan plaza..Kami balik ke hotel masing-masing..Hari tersebut kami cuma mendapat 3 respoden mewakili pihak governans..


Ahad: 2 ogos 2007

Hari ini hari kedua aku akan menjalankan penyelidikan kumpulan. Dalam pukul 10.00 pagi, kami dibawa pergi ke kampung Kelantan dan juga Kampung Tembiuh untuk penyelidikan ke atas mangsa banjir. Kumpulan aku telah menyediakan 40 borang kaji selidik untuk diedarkan kepada mangsa banjir iaitu penduduk kampung kelantan dan juga kampung tembiuh. Kumpulan aku berpecah. Aku dengan Zaidi pergi ke kampung Kelantan manakala Azizi dengan Kak Aisyah pergi ke Kampung Tembiuh.Kami bahagikan borang iaitu 2o borang untuk 1 kampung.

Apabila sampai ke kampung Kelantan aku perhatikan masih terdapat lagi kesan-kesan banjir ke atas kampung tersebut. Antaranya ada rumah yang rosak, kereta dipenuhi lumpur dan macam-macam lagi.. aku perpecah pula dengan zaidi...aku ambil 10 borang kaji selidik..Aku melakukan penyelidikan aku ke atas suri rumah, ibu tunggal,dan lain-lain yang merupakan mangsa banjir.

Pelbagai maklumat yang aku dapat dari cerita-cerita mereka. Aku juga mendapati terdapat ralat dan ketidakcekapan governans terhadap operasi banjir.

Apabila selesai melakukan penyelidikan aku bertemu dengan Zaidi di masjid untuk tunggu bas. Dalam 20 minit kemudian bas sampai dan kami pulang ke hotel masing-masing..

Kak aisyah dengan azizi telah melakukan penyelidikan ke atas pihak dari UMNO. Mereka melakukan penyelidikan ke atas pihak polis selepas mereka selesai dengan penduduk kampung tembiuh.


Pada pukul 5 petang, kami ingin melakukan penyelidikan ke atas pihak governans pula..Ini kerana, kami sudah selesai melakukan penyelidikan ke atas penduduk iaitu mangsa banjir.

Mula-mula, kami pergi ke hospital. Sebanyak 5 responden dari pihak hospital yang terdiri daripada jururawat, bahagian ambulans dan keselamatan.

Kemudian, kami beralih kepada pihak bomba..Kami melakukan penyelidikan pihak bomba iaitu seramai 6 responden..

Berakhirla penyelidikan kami untuk hari kedua..


Isnin (3 ogos 2007)


Kami ingin memfokuskan penyelidikan kami terhadap Pejabat Daerah kerana pihak mereka telah banyak melibatkan diri mereka dalam operasi banjir.

Apabila sampai di Pejabat daerah, sekali lagi kumpulan aku berpecah. Kak aisyah dengan azizi melakukan penyelidikan mereka di majlis daerah.. Aku dengan zaidi mendengar taklimat dari pihak majlis daerah dan kami melakukan penyelidikan ke atas mereka..

Akhirnya kami selesai melakukan penyelidikan kami iaitu ke atas mangsa banjir iaitu penduduk dan juga pihak governans..Selepas ini, kami ingi menumpukan pada analisis data kami apabila kami balik ukm.

Kami bertolak pulang ke ukm pada pukul 12 tengahhari..



Posted by Radhia Haafiza Che Razali (A115023) at 9:38 AM 0 comments Links to this post
Thursday, August 30, 2007

Tuesday, October 9, 2007

Serba- sedikit mengenai penyelidikan kami di Kota Tinggi


TAJUK PENYELIDIKAN:
PERANAN GOVERNANS DALAM MENANGANI MASALAH BANJIR PADA DISEMBER 06 DAN JANUARI 07 DI KOTA TINGGI, JOHOR
NAMA AHLI:
MOHD ZAIDI BIN MAT SATAR A113545
NORAZZIZI BIN NORDIN A113813
RADHIA HAAFIZA BINTI CHE RAZALI A115023
NURAISYAH BINTI ABDUL LATIB A113201

PERANAN GOVERNANS:
DALAM MENANGANI MASALAH BANJIR PADA DISEMBER 06 DAN JANUARI 07 DI KOTA TINGGI, JOHOR

PENGENALAN
Kota Tinggi adalah merupakan sebuah daerah di Pantai Timur Negeri Johor, sebanyak 60% dikelilingi laut dan disitulah terletaknya Lembangan Sg. Johor dan Lembangan Sg. Sedili. Bandar Kota Tinggi adalah merupakan pusat bandar yang sedang membangun dan telah mengalami banjir yang dasyat pada Disember 2006 dan Januari 2007. Rentetan dengan itu pelajar-pelajar SKAD2063 (Urbanisasi dan Pembangunan Bandar) termasuklah kumpulan kami, akan menjalankan kajian tentang aspek-aspek yang mendatangkan kesan ke atas perubahan yang telah berlaku di Bandar Kota Tinggi terutama pada kampung yang telah dipilih sebagai sumber maklumat iaitu Kampung Kelantan dan Kampung Tembioh.

TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui punca-punca kelemahan dan kebaikan peranan governence dalam menangani masalah banjir yang sering berlaku di Kota Tinggi, Johor bagi menjana pembaikkan, pemulihan dan pembangunan di kawasan tersebut.
Penyataan masalah adalah seperti berikut:-
Siapakah pihak-pihak (governans) yang terlibat dalam operasi bencana banjir di Kota Tinggi?Apakah mekanisme operasi governans di Kota Tinggi?
Apakah isu-isu kekuatan dan kelemahan governans dalam operasi banjir di Kota Tinggi?
Apakah cadangan dalam mempertingkatkan kecekapan governans?
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif Umum
Kajian ini dilakukan adalah untuk menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mangsa banjir serta pembangunan persekitaran oleh pihak governence.

Objektif Khusus.
i. Mengkaji perjalanan pihak governence selepas banjir.
ii. Cuba untuk menyelami dan menghayati perasaan mangsa banjir
iii. Melihat bentuk-bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak governence.
iv. Menentukan tahap persefahaman antara mangsa banjir dengan pihak governence.
v. Meninjau proses pembangunan yang dijalankan oleh pihak governence bagi melindungi penduduk dari bencana alam.

METODOLOGI
Kaedah penyelidikan ini dilakukan ke atas penduduk Kampung Kelantan, Kampung Tembioh dan Taman Kemang, ia juga dijalankan ke atas pihak governans yang terlibat serta pengutipan data akan dibuat adalah berpandukan kepada persampelan rawak mudah, dengan menggunakan cara pengumpulan data yang berbentuk soal selidik, temuramah serta pemerhatian terpilih untuk mendapatkan maklumat dari 20 orang responden yang di persetujui bersama.
SOALAN SOAL SELIDIK (GOVERNANS)

A. MAKLUMAT PERIBADI
a. Jabatan/Persatuan/Jawatankuasa :
b. Jawatan :

B. MAKLUMAT KAJIAN
Menggunakan skala
1 2 3 4 5
Sangat Tidak Setuju Sangat setuju

a. Mangsa-mangsa banjir telah memberikan kerjasama semasa
urusan pemberian bantuan oleh pihak governans.
1 2 3 4 5

b. Terdapat pelbagai bantuan atau sumbangan daripada pihak luar
kepada mangsa banjir.
1 2 3 4 5

c. Bantuan daripada pihak luar amat mencukupi dan pihak
pentadbir tidak mempunyai sebarang masalah untuk
menguruskannya.
1 2 3 4 5

d. Adakah perbezaan kawasan parlimen di Kota Tinggi telah
mendatangkan kesan ketika urusan pembahagian bantuan?
1 2 3 4 5

e. Mangsa-mangsa banjir telah dipindahkan dalam masa yang
singkat dan tiada masalah semasa proses pemindahan tersebut.
1 2 3 4 5

f. Semasa berada di pusat pemindahan banjir,mangsa-mangsa telah
menerima bantuan yang secukupnya daripada pihak pentadbir
dan kebajikan mereka juga diurus dengan baik sekali.
1 2 3 4 5

g. Pembangunan yang dijalankan oleh pihak pentadbir merupakan
antara penyebab berlakunya banjir.
1 2 3 4 5

h. Kerja-kerja penambahbaikkan kini semakin rancak dilakukan
oleh pihak pentadbir dan juga dari pihak kerajaan sendiri.
1 2 3 4 5

i. Semua pihak atasan seperti JKKK,Ketua kampung dan juga
pegawai daerah bekerjasama semasa memberikan bantuan kepada
mangsa banjir.
1 2 3 4 5

j. Pihak anda telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi tanpa mengira masa dan lokasi dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir
1 2 3 4 5

k. Pihak anda telah bertindak pantas dan bijak dalam menguruskan mangsa banjir.
1 2 3 4 5

l.Pihak anda memberikan bantuan kepada kawasan linkungan/kawasan berhampiran pihak anda sahaja.
1 2 3 4 5
m. Sila nyatakan antara bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak anda.

n. Tanggungjawab menguruskan mangsa banjir di Kota Tinggi juga merupakan sebahagian daripada tugas anda.
Ya / Tidak

o. Pihak anda telah benar-benar bersedia sebelum gelombang banjir pertama berlaku seandainya berlakunya musibah tersebut di tempat anda.
Ya / Tidak

p. Wujud kesulitan dalam pengurusan banjir di Kota Tinggi ini.
Ya / Tidak

q. Jika anda menjawab Ya untuk soalan di atas, sila nyatakan kesulitan yang dialami oleh pihak anda. Jika anda menjawab Tidak, sila tinggalkan soalan ini dan teruskan ke soalan berikutnya.

r. Wujud keserasian dan kesefahaman di kalangan pihak yang menguruskan mangsa banjir ini.
Ya / Tidak

s. Peristiwa banjir ini mencetuskan keserasian dan interaksi yang baik antara pihak anda dan juga pihak lain.
Ya / Tidak

t. Kecekapan dalam apa jua tugasan adalah menjadi satu agenda yang dititikberatkan oleh pihak anda.
Ya / Tidak

u. Berikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang akan diambil bagi menangani masalah ketidakcekapan dalam menjalankan tugas sekiranya akan /telah berlaku masalah ini di pihak anda.

v. Sila nyatakan langkah awal yang diambil oleh pihak anda bagi menangani masalah banjir pada masa akan datang.


SOALAN SOAL SELIDIK (PENDUDUK)

A. MAKLUMAT PERIBADI
a. Jantina :
b. Umur :
c. Taraf Pendidikan :
d. Taraf Perkahwinan :
e. Tempat Tinggal :
f. Tahun Bermastautim :
g. Pekerjaan :
h. Bilangan Anak
Yang Bersekolah :
Yang Tidak Bersekolah :
i. Ahli Persatuan/Ke :

B. MAKLUMAT KAJIAN
Menggunakan skala
1 2 3 4 5
Sangat Tidak Setuju Sangat Setuju

a. Pihak governans sentiasa memastikan keselamatan dan hartabenda mangsa banjir terjamin.
1 2 3 4 5

b. Pihak governans telah menjalankan tugas dalam operasi banjir dengan baik, efisyen dan sistematik.
1 2 3 4 5

c. Semua pihak governans bekerjasama dalam mengatasi masalah ini.
1 2 3 4 5

d. Pembahagian bantuan yang diberikan oleh pihak governans adalah sama rata.
1 2 3 4 5

e. Terdapat pihak governans yang hanya memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesebuah kawasan atau penempatan.
1 2 3 4 5

f. Banyak struktur rumah dan bangunan yang mengalami kerosakan.
1 2 3 4 5

g. Terdapat diskriminasi politik oleh governans terhadap mangsa banjir.
1 2 3 4 5

h. Selepas berlakunya banjir pihak governans telah cuba menyelanggara sistem perparitan, saliran dan sungai agar pulih seperti sediakala.
1 2 3 4 5

i. Prosedur pendaftaran untuk memohon bantuan adalah amat menyukarkan.
1 2 3 4 5

j. Pembangunan yang dijalankan oleh pihak governans telah menyebabkan banjir berlaku.
1 2 3 4 5

k. Sekiranya anda diminta untuk membina rumah di kawasan lain kerana Kota Tinggi sering kali mengalami banjir adakah anda setuju?
A. YA B.TIDAK

l. Siapakah pihak-pihak governans yan terlibat dalam operasi banjir Kota Tinggi, sama ada pihak kerajaan atau swasta.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
m. Sila nyatakan bentuk bantuan yang diberikan oleh pihak governence.

n. Sila nyatakan pembaikpulihan yang sedang dijalankan oleh pihak governence bagi menangani banjir.

o. Bagi pendapat anda di Negeri Johor dimanakah kawasan yang membangun dan tanpa berlakunya bencana alam? _____________________

p. Sekiranya anda diberi pilihan untuk berpindah, kawasan yang mana akan anda pilih di sekitar Johor? __________________________